Wednesday 24 October 2012

Buatmu GURU. -seutas tali-


Di sini kita pernah bertemu,
Kau memberi sinar dalam dirimu kepada kami,
Kau menghulurkan ilmu.
Yang pasti, membawa kami ke lembah NUR.

Kini terimalah dendangan puisi,
Tanda coretan terakhir kami buatmu,
Sebagai seorang tolibatmu,
Agar tali simpulan ukhuwwah lebih kukuh.
Jasamu tidak akan kami lupa,
Walaupun jasad dipisahkan daripada nyawa.

Hati pernah bertanya,
Mengapa kita dipertemukan,
Dan akhirnya dipisahkan?
Mungkinkah untuk menguji keimanan dan kesabaran,
atau mungkinkah untuk mempamerkan rasa peritnya perpisahan?

Rupanya diri ini lupa,
Tuhan telah menjanjikan dalam firmanNya,
Bertemu dan berpisah adalh matan kasihNya.
Yang pasti, kita sedang berjalan di atas kehendakNya,
Jodoh, maut, pertemuan......semua ditakdirkanNya.

Akhir kata, jari disusun rapi,
Memohon maaf atas khilafnya diri.
Pesanan kami buatmu guru,
SEUTAS TALI

"Jika sedih, cubalah tersenyum,
 Jika rindu, selalulah berdoa,
 Jika diuji, hendaklah redha,
 Jika hilang, pastikan bersabar."

Kerana pertemuan tidak abadi,
Akan hilang dan berganti,
Hanya kiriman doa sebagai tali penyambung hati...... 
                                                                             
sekian.